Tuesday, March 19

aku serius



#1 susah sebenarnya nak puaskan hati semua, itu tak kena dan ini tak kena. Mungkin itu aku tak suka share masalah dengan manusia lain, baik solve sendiri, lagi berkat lagi rahmat lagi selamat. manusia bertuah pilihan beras Cap Rambutan je yang aku betul-betul percaya boleh kongsi segala.

 kalau nak diceritakan, cuma dua orang je dekat dunia ni yang tahu masalah dunia ketiga  yang paling besar aku pernah redah, itu pun hampir nak menangis bila cerita balik. Kerana apa, kerana aku percaya mereka berdua. Selangor +  Sarawak. 

#2 kisah ke manusia lain kalau aku tengah bercakap, dengar pun nak tak nak, aku serius, sangat serius, tapi jangan lah ambil mood aku, tahu lah aku ni jenis manusia yang tak berapa nak lurus, tapi jangan la cakap yang bukan-bukan sampai terkoyak perasaan. Doakan yang terbaik untuk aku, mungkin sekarang bukan selamanya, sebab kita masih ada esok dan seterusnya.

SERIUS
aku serius, kau tak serius
kau lurus, aku tak lurus
aku begini, kau begitu
kau sana, aku sini
kau sempurna, aku mungkin tidak
tapi, satu benda yang serupa antara kita
kita MANUSIA

#ada perasaan benci antara kita, utarakan kebencian anda di Twitter @fariefaries

Monday, March 18

MAMA ♥

Happy Birthday MAMA ♥
doa untuk mama dan ayah sentiasa erat dalam hati fikiran, semoga mama mendapat keberkatan, rahmat, rezeki yang berpanjangan, Amin :)

#sebarang rasa kasih sayang yang terpendam, luahkan rasa tersebut di twitter @fariesfaries

Thursday, March 14

Thinkin Bout You

lagu ni dihantar khas untuk kamu dari hati ke telinga lalu masuk ke dalam hati semula, nampak sweet macam gula-gula, tapi rasa dia macam makan chocolate, tak pun terasa hati ni macam tengah rindu sesuatu

Yuna - Thinkin Bout You (Frank Ocean Cover)


# luahan rasa hati atau perasan, lontarkan saja rasa hati tu di twitter @fariesfaries


Tuesday, March 12

Lundu, Sarawak

#WARNING : tutup gambar sebelah kiri dengan tapak tangan anda, abaikan yang berdiri sebelah pagar tu

 
9/3/2013 = kami warga puak-puak  Anwar Ibrahim Modern Economics semester 2/2013 bergerak berkereta bertayar empat ke kampung Setunggang Melayu, Lundu dengan gigihnya berpeluh siapkan assignment Dr Wong tersayang.
 
sangat seronok walaupun aku tak berapa sihat masa tu, perut segugut, tekak loya, kepala pening semua bagai, tapi gigih serius nak cepat-cepat habiskan fieldworks ni. Alhamdulillah, semua selesai sampai  tahap rasa macam sign agreement surat cerai.
 
sekarang peluh tengah kering nak siapkan assignment ni, rancangnya before cuti mid term ni, semua mesti  dah siap, kalau tak nanti aku mengamuk jadi macam  Hitler Nazi bunuh yahudi. teeettt, masa dah tamat.
 
#sebarang luahan rasa 'cinta' atau rasa menyampah, hulurkan rasa anda di twitter @fariesfaries
 
 

Oh Hello!



Oh Hello, Hello!

serius bila hati dah mula nak berbloging balik, rasa bagaikan office PKR kena baling telur, rasa Utusan kena saman 100juta, rasa IbrahimAli melompat sana sini gigihnya mulut lidah bercabang dua, rasa Rosmah dengan cincinnya dan rasa 1 Malaysia dengan jari telunjuknya. ini semua cerita, semua mainan dan hanya cerita rekaan realiti. cerita dulu tak sama macam cerita hari ni.

kalau dulu aku diletakkan macam sampah sebagai kawan, aku sendiri pun tak kisah, janji dalam diri, aku tak akan khianati kawan sendiri walaupun kawan aku tu bencinya dengan aku tahap presiden Korea Utara dengan presiden Amerika ala Obama. ohh, kawan macam-macam, bila kita serius kawan gelak, bila kawan serius kita serius, adilkah, mungkin adil, mungkin tak, biasalah, manusia dan dunia, sangat dunia. gitu

trauma dulu tak sembuh lagi, bila cerita kali kedua, teringat semua, terkeluar semua, tapi luahan tu cukup buat aku lega sampai ringan kepala, ini serius, trauma tu memang sangat gila, terima kasih yang sudi mendengar :)



#sebarang kebencian dan kemesraan, hubungi saya di twitter @fariesfaries

Sunday, March 3

dua darab tiga

tahun ni berazam tahap dua darab tiga nak buat blog ni hidup balik macam dulu, serius sangat bersawang, rindu zaman-zaman proparina aneh dulu  nak post blog setiap hari, sekarang mungkin agak busy, tapi aku akan cuba menggatal nak post something dekat sini  :D

# sebarang kebencian mohon mention @fariesfaries



cak!

ini serius,
lagi serius,
sangat serius,
memang serius!
- heyfaries, 2013

Sunday, August 5

sentap dan buthurt

 sekadar nak memberi beberapa kata sampah yang tidak berkualiti. betapa susahnya nak jaga hati kawan kita sendiri, sampai kalau salah cakap atau tersilap laku, kawan kita tu boleh buthurt sampai  'ke angkasa dan kembali' . ada satu masa, aku sangat sentap sampai tawar hati dengan semua orang termasuk dengan Rosmah Mansor. 

the moment bila ada call aku tak diangkat, mesej tak dibalas, mensi tak direply, serta tandas tak ditahi,  terasa sangat dunia ni  kosong sambil dilapisi perasaan tawar hati ibarat biskut tawar Hup Seng. itulah kesan dan akibat tersentap



aku kalau tersentap, satu dunia aku tak akan layan , biarlah si Mila Kunis dengan Ashton Kutcher tu nak honeymoon dekat Bali pun, aku tak kisah, duduk dalam bilik layan perasaan lagi bagus dari buthurt menggila monyet tak tentu pasal. 

apa-apa pun, aku bukannya orang yang simpan dendam, seminit marah membabi , then aku cool down lah, tak simpan pun dalam hati, peace yo!

p/s : sebaiknya, kurangkan  menyentap atau buthurt, bosan nanti kalau Hilary Clinton tengok


yang terluah : @fariesfaries



Sunday, July 29

capati atau tepati

Janji Ditepati : patriotik, politik atau retorik. mohon semua jadi A.Samad Said untuk menafsir makna disebalik janji ditepati ni. rasanya kalau buat karangan, empat hari pun tak siap-siap lagi, kalah diving Tom Daley. rasanya ramai yang cuba mengaitkan kata janji ditepati dengan makna kemerdekaan, tapi lost tengah jalan, mungkin dibayangi wajah manis Rais Yatim  agaknya.

suara rakyat marhaen macam aku mungkin tak dipandang, malah mungkin makin dicapati. terserahlah pihak yang disana tu nak buat apa pun, tapi kalau boleh, mohon buat sesuatu yang lebih realistik dan nyata untuk rakyat marhaen. aku bukannya menetang gila babi sampai tak sedar diri macam bencinya Amerika dengan Iran, tapi, kalau benda yang baik aku ambil, yang buruk sah-sah aku baling

ibaratnya, kau dah bagi makan secebis belas sekadar kenyang sebentar, tapi kau mengungkit berbulan-bulan macam kau bagi makan hari-hari



janji dicapati atau janji ditepati : satuuuuu Malaysia! *angkat jari telunjuk



Sunday, July 22

This!


syukur!, tak terkata, sebab ni pilihan pertama aku, hello Unimas :)
mohon korang tafsirkan sendiri, aku bukan tergolong dalam situasi A. Samad Said ketika ni, sangat teruja

yang teruja tahap presiden Zimbabwe : @Fariesfaries

ohsem F6!



untuk pengetahuan masyarakat dunia, sekarang aku tengah rindu gila time belajar dekat form6 dulu, macam-macam rindu ada dalam jiwa dan raga aku ni, sampai tak boleh nak cerita. serius rasa bahagia sangat bila dapat masuk form6, rasanya kalah bahagia Lisa Surihani dengan Yusry KRu tu.

first time dulu masuk form6, macam-macam respon yang aku dapat, tak kurang yang bagi semangat mengila-gila, tapi  ramai yang pandang sinis, annoying, buthurt, meroyan dan blame aku, "kenapa kau pilih form6, bukan yang lain". diorang anggap form 6 tu sepi dan berhantu. susah lah, leceh, tak boleh catch up, banyak silibus lah. Hello! dekat tempat mana kalau belajar terus dapat yang senang goyang-goyang kaki. even, budak tadika pun susah kalau baru belajar nak mengeja.

yang baik aku ambik, yang buruk pun aku ambik, simpan baik-baik dalam poket kecik seluar jeans, aku nak buktikan apa yang aku pilih ni bukan la salah. rezeki Yang-Esa dekat mana-mana pun ade. cuma usaha dan tawakal kita  yang mampu menjelmakan hasil.

kepada junior-junior yang ambik form6 tu, tekad hati tu bulat-bulat sebulat duit syiling 50sen time belajar dekat form6 ni, serius hasilnya pasti akan membuatkan korang menyanyi lagu "gemilang" hasil lontaran suara Jaclyn Victor. yeah!

lain waktu, nanti aku  story pasal form6 lagi okeh :)

yang terkesima : @FariesFaries



Monday, May 21

rojak!

"perasaan ini bagaikan peluru berpandu nuklear Korea Utara
ibaratnya, Kim Jong il  mengamuk membedil Amerika
namun, Ahmadinejad pula terus berdiri dan ketawa
kisahnya, seteru lawannya ditahikan Korea Utara"

ibaratnya macam tu lah perasaan aku. bercelaru, bercampur dan terikat rasa macam rojak. lidah ni rasa terkelu tanpa kata. rasanya, aku tak mampu nak luah atau share dengan siapa-siapa lagi, bukan masanya lagi. kawan, i need your help, serius aku rasa tak semangat, tengok je dari luar ok, tapi sebenarnya aku rasa sangat down :(

otak terbelit :@fariesfaries



Wednesday, May 16

jiwa kosong

"kalau kau mengetahui hakikat sebenar diriku, pastinya kau akan membenci dan menjauhi aku.."

aku serahkan segala-galanya kepada Allah
iman aku senipis kulit bawang, aku masih lagi mencari sinar rahmat dari-Nya

untuk kawan-kawan, aku tahu korang semua perasan sesuatu, doakan aku agar berada dalam lindungan-Nya.
hari-hari jiwa aku kosong, fikiran celaru, kadang-kadang terleka. Aku tak macam korang semua, korang semua ada 'bahagia'. Aku hanya mampu berdiam diri bagai kucing siam mendapat whiskas.Aku pendamkan saja perasaan ni, tak mampu rasanya nak luahkan atau share dengan orang lain. serius rasa fedup

otak berpintal : @fariesfaries

Sunday, May 13

i'am back

ibarat menunggu kambing bertanduk satu, macam tu lah lamanya aku tak update blog, serius, sebelum STPM start, aku dah 'taubat' sekejap nak berbelog nih, tapi tak sangka pulak sampai lama macam ni, gile dah 8 bulan rupanya aku tak bukak blog. kalau boleh, orang yang mengandung tu tinggal tunggu masa je nak beranak.

serius busy sampai lupa nak update blog, lain tu, ada sebab lain tak nak update, tapi hari ni gatal  pulak tangan nak update, yeah! welcome back @fariesfaries

kamu kamu kamu kamu semua, i miss you so much!







Sunday, October 30

taG Tag

baru dapat tag dari Raja Sharul Nizam..
serius ini kali pertama update blog selepas sebulan..
Thanks tau tag, blog nie dah bernafas kembali walaupun nazak sekejap..

* firstly, korang kena cerita sebelas pasal korang
* then, answer all my question
* next, buat sebelas question
* more, tag dekat sebelas orang kawan blogger youh!.. jangan tag balik
* last, bagitau diorang that diorang kene tag :)

11 things tentang aku
# calon STPM tahun 2011
# peminat tegar warna Hijau dan Ungu
tanpa internet, hidup ku tidak sempurna sehari 
# only drive manual car, not automatic
# bangga jadi pelajar tingkatan enam
# pencinta kucing dan anjing
# tak tahan bau rokok...busuk!
# seorang Twitterholic
# anti rasicm!
# Jamie Oliver 
# wajah terkini

bukak twitter aku : @fariesfaries


11 soalan dari Raja Sharul Nizam
1. suka makan sayur?
tak..paling tak minat
2. suka Taylor Swift tak?
suka tang mata tuh..
3. pernah makan ayam tak?
harus pernah lah..ayam plastik je belum
4. suka online pakai apa?
pakai lappy lah.. Nokia C3 lembab tarik wifi
5. pernah kena gigit lintah?
entah..pernah kot time main parit
6. sayang kita tak?
harus sayang lah..ketat lagi youh!
7. bila start berblogging?
november 2010
8. boleh tuju lagu?
sori la deer..suara tak sedap
9. suka colour warna ape?
wajib Hijau dan Purple
10. perkara first yang korang buat sebelum exam ape ea?
gelabah kejap
11. selalu tidur pukul berapa?
10.30 pm

11 soalan dari aku pulak
1 kau kat mane sekarang?
2 pandai masak nasi lemak tak?
3 berapa HP kau?
4 selipar kau warna ape?
5 kau suka tengok anjing tak?
6 pernah memancing tak?
7 kenal Andrew Zimmer tak?
8 peti sejuk mak kau jenama apa?
9 makna racism dari korang?
10 pernah jatuh longkang tak?
11 subjek yang korang paling suke?

yang terkena tag nih jawab tau
@mierul_kuma
@AxxaPutra
@Abil_Hanani
@Huzalilah


sebarang kebencian sila follow aku di Twitter @fariesfaries

Sunday, September 18

❤ #7


okeey...suara budak Christoffer Nelwan nie empuk sungguh..aku dah siap hafal lagu nie..tangan gatal mendownload lagu nie lepas tu siap berangan..beratus ratus ratus ratus puluh kali dah aku playback... Aling, Aling oh Aling!

Friday, September 16

Malaysia♥

16/9/1963
Malaya + Sarawak + Sabah + Singapura = Malaysia
tapi..
Malaysia - Singapura = Malaysia

# hari ini Hari Malaysia bukan Hari 1 Malaysia!...

undilah



"undilah" Kolaborasi hebat Afdlin Shauki dan Namewee...bahang-bahang nafsu pilihanraya semakin hampir dan mengila...kepada Malaysian yang sudah cukup umur tu, pergilah register...aku tak cukup umur lagi..baru 19 tahun...kamu kamu kamu semua..we are the bos!

Saturday, August 27

bunyi hari ini #6


Merdeka ♥

Happy Merdeka Days semua...kebetulan bulan Ramadhan kan, masing-masing dijemput untuk  merdekakan diri dari perasaan lahanat, dengki mendengki, poyo, bajet, perasan bagus dan banyak lagi..sila google untuk mengetahui lebih banyak sifat buruk manusia..merdeka tu banyak makna..aku dengan korang boleh tafsir banyak erti kemerdekaan..so..MERDEKA!