Wednesday, May 16

jiwa kosong

"kalau kau mengetahui hakikat sebenar diriku, pastinya kau akan membenci dan menjauhi aku.."

aku serahkan segala-galanya kepada Allah
iman aku senipis kulit bawang, aku masih lagi mencari sinar rahmat dari-Nya

untuk kawan-kawan, aku tahu korang semua perasan sesuatu, doakan aku agar berada dalam lindungan-Nya.
hari-hari jiwa aku kosong, fikiran celaru, kadang-kadang terleka. Aku tak macam korang semua, korang semua ada 'bahagia'. Aku hanya mampu berdiam diri bagai kucing siam mendapat whiskas.Aku pendamkan saja perasaan ni, tak mampu rasanya nak luahkan atau share dengan orang lain. serius rasa fedup

otak berpintal : @fariesfaries

Sunday, May 13

i'am back

ibarat menunggu kambing bertanduk satu, macam tu lah lamanya aku tak update blog, serius, sebelum STPM start, aku dah 'taubat' sekejap nak berbelog nih, tapi tak sangka pulak sampai lama macam ni, gile dah 8 bulan rupanya aku tak bukak blog. kalau boleh, orang yang mengandung tu tinggal tunggu masa je nak beranak.

serius busy sampai lupa nak update blog, lain tu, ada sebab lain tak nak update, tapi hari ni gatal  pulak tangan nak update, yeah! welcome back @fariesfaries

kamu kamu kamu kamu semua, i miss you so much!







Sunday, October 30

taG Tag

baru dapat tag dari Raja Sharul Nizam..
serius ini kali pertama update blog selepas sebulan..
Thanks tau tag, blog nie dah bernafas kembali walaupun nazak sekejap..

* firstly, korang kena cerita sebelas pasal korang
* then, answer all my question
* next, buat sebelas question
* more, tag dekat sebelas orang kawan blogger youh!.. jangan tag balik
* last, bagitau diorang that diorang kene tag :)

11 things tentang aku
# calon STPM tahun 2011
# peminat tegar warna Hijau dan Ungu
tanpa internet, hidup ku tidak sempurna sehari 
# only drive manual car, not automatic
# bangga jadi pelajar tingkatan enam
# pencinta kucing dan anjing
# tak tahan bau rokok...busuk!
# seorang Twitterholic
# anti rasicm!
# Jamie Oliver 
# wajah terkini

bukak twitter aku : @fariesfaries


11 soalan dari Raja Sharul Nizam
1. suka makan sayur?
tak..paling tak minat
2. suka Taylor Swift tak?
suka tang mata tuh..
3. pernah makan ayam tak?
harus pernah lah..ayam plastik je belum
4. suka online pakai apa?
pakai lappy lah.. Nokia C3 lembab tarik wifi
5. pernah kena gigit lintah?
entah..pernah kot time main parit
6. sayang kita tak?
harus sayang lah..ketat lagi youh!
7. bila start berblogging?
november 2010
8. boleh tuju lagu?
sori la deer..suara tak sedap
9. suka colour warna ape?
wajib Hijau dan Purple
10. perkara first yang korang buat sebelum exam ape ea?
gelabah kejap
11. selalu tidur pukul berapa?
10.30 pm

11 soalan dari aku pulak
1 kau kat mane sekarang?
2 pandai masak nasi lemak tak?
3 berapa HP kau?
4 selipar kau warna ape?
5 kau suka tengok anjing tak?
6 pernah memancing tak?
7 kenal Andrew Zimmer tak?
8 peti sejuk mak kau jenama apa?
9 makna racism dari korang?
10 pernah jatuh longkang tak?
11 subjek yang korang paling suke?

yang terkena tag nih jawab tau
@mierul_kuma
@AxxaPutra
@Abil_Hanani
@Huzalilah


sebarang kebencian sila follow aku di Twitter @fariesfaries

Sunday, September 18

❤ #7


okeey...suara budak Christoffer Nelwan nie empuk sungguh..aku dah siap hafal lagu nie..tangan gatal mendownload lagu nie lepas tu siap berangan..beratus ratus ratus ratus puluh kali dah aku playback... Aling, Aling oh Aling!

Friday, September 16

Malaysia♥

16/9/1963
Malaya + Sarawak + Sabah + Singapura = Malaysia
tapi..
Malaysia - Singapura = Malaysia

# hari ini Hari Malaysia bukan Hari 1 Malaysia!...

undilah



"undilah" Kolaborasi hebat Afdlin Shauki dan Namewee...bahang-bahang nafsu pilihanraya semakin hampir dan mengila...kepada Malaysian yang sudah cukup umur tu, pergilah register...aku tak cukup umur lagi..baru 19 tahun...kamu kamu kamu semua..we are the bos!

Saturday, August 27

bunyi hari ini #6


Merdeka ♥

Happy Merdeka Days semua...kebetulan bulan Ramadhan kan, masing-masing dijemput untuk  merdekakan diri dari perasaan lahanat, dengki mendengki, poyo, bajet, perasan bagus dan banyak lagi..sila google untuk mengetahui lebih banyak sifat buruk manusia..merdeka tu banyak makna..aku dengan korang boleh tafsir banyak erti kemerdekaan..so..MERDEKA!

Sunday, August 14

bunyi hari ini #5



selipar♥

siape pernah rase hilang selipar dekat masjid time sembahyang jumaat...yang pernah rase tu macam nak mencarut berirama berulang-ulang kali je kan..pergi masjid nak beribadah, die pulak dah siap-siap booking padah dekat neraka....yang nie kali kedua aku kena..tak terlahanat dan tergambar dengan perasaan...
aku parking side baik punye...tersusun rapat lagi cermat tau..ingat senang ke nak parking selipar dekat masjid...berminggu kau tak jumpe selipar kalau kau salah teknik parking...selipar yang aku pakai nie pulak jarang keluar rumah...sayang konon...ye lah..tak pernah pulak aku nampak seliper spesis yang sama sebelum nie..selipar tu lembut dikaki, lega dihati tau...entah kenape tibe-tibe kaki aku mengedik nak pakai selipar tu..alahai...

habis bermunajat..aku terus keluar...tapi jadi WTF bile tengok selipar aku dah takde..hahahaha...lame giler kot aku pusing-pusing kat tempat yang same..dalam hati aku bersumpah seranah aje...nak cakap kuat-kuat takut kena tangkap dengan JAIS pulak nanti...naseb baik ade adek aku...boleh la aku pinjam selipar Ben10 die kejap...

kate orang, pengalaman mengajar kita..so..aku berjaya mencipta formula matematik tabika baru " the missing step"...jarak antara dua ketul selipar dijauhkan antara satu sama lain untuk mengelakkan ditangkap khalwat..jadi, kebarangkalian untuk kehilangan selipar adalah infiniti...lepas nie,kalau  pakai selipar bertahtakan bintang dan bulan serta kulit gajah pun dah tak hilang..

*kepada pencuri pencuri pencuri  dan owner selipar "Awas dong!"

Saturday, August 13

tertekan konon..


selamat berpuasa korang..lame gile haram pemalas aku tak update belog...bersawang la bagai belog aku nie..bukan ape..cuma stress dengan keadaan aje...tertekan konon..tinggal tiga minggu nak trial STPM..sayu je hidup aku hari-hari...tengok buku pun dah tak larat..cerita banyak pun tak guna...bukan ambik kisah pun..teeett.. :)

Sunday, July 31

hey Ramadhan♥

"Sahaja aku berpuasa esok hari selama sebulan Ramadhan kerana Allah Taala"