Sunday, July 29

capati atau tepati

Janji Ditepati : patriotik, politik atau retorik. mohon semua jadi A.Samad Said untuk menafsir makna disebalik janji ditepati ni. rasanya kalau buat karangan, empat hari pun tak siap-siap lagi, kalah diving Tom Daley. rasanya ramai yang cuba mengaitkan kata janji ditepati dengan makna kemerdekaan, tapi lost tengah jalan, mungkin dibayangi wajah manis Rais Yatim  agaknya.

suara rakyat marhaen macam aku mungkin tak dipandang, malah mungkin makin dicapati. terserahlah pihak yang disana tu nak buat apa pun, tapi kalau boleh, mohon buat sesuatu yang lebih realistik dan nyata untuk rakyat marhaen. aku bukannya menetang gila babi sampai tak sedar diri macam bencinya Amerika dengan Iran, tapi, kalau benda yang baik aku ambil, yang buruk sah-sah aku baling

ibaratnya, kau dah bagi makan secebis belas sekadar kenyang sebentar, tapi kau mengungkit berbulan-bulan macam kau bagi makan hari-hari



janji dicapati atau janji ditepati : satuuuuu Malaysia! *angkat jari telunjuk



2 comments:

♥Miss Yaanaako♥ said...

capati sedap. guwa setuju dengar lu. kita rakyat marhaen tanpa pangkat atau darjat. memang tak dipandang punya walau dengan sebaris ayat. =="

::FAIZ:: said...

ramai yg suka berjanji, tp tak tepati... saya jenis yg x suka berjanji